Permohonan undi pos, luar negara bagi PRK DUN Bugaya dibuka

Permohonan undi pos, luar negara bagi PRK DUN Bugaya dibuka

Parlimen Padang Serai mungkin ditangguhkan ekoran kematian calon PH, M. Karupaiya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan, pihaknya menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah mengenai kekosongan bagi Bahagian Pilihan Raya Negeri N.66 Bugaya, Sabah, semalam.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, sehubungan itu, permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi PRK berkenaan kini dibuka bermula hari ini.

Beliau menjelaskan, bagaimanapun, tarikh tutup permohonan akan diumumkan selepas Mesyuarat Khas Urusan PRK tersebut pada 20 Oktober ini.

“Bagi permohonan undi pos Kategori 1A (Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera, dan Petugas Media), hendaklah memohon secara manual menggunakan Borang 1A yang dimuat turun dari portal rasmi SPR di https://www.spr.gov.my.

“(Ia perlu) dihantar ke Pejabat Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya berkenaan. Alamat dan maklumat Pejabat Pegawai Pengurus boleh dirujuk di portal rasmi SPR jua,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ikmalrudin berkata, bagi Kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) & 1C (agensi/organisasi) pula, permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian melalui portal https://myspr.spr.gov.my/login. –UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.