Permohonan PBM masih dalam pertimbangan

Permohonan PBM masih dalam pertimbangan – PM

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) masih mempertimbangkan permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) sebagai rakan komponen.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan termasuk menolak permohonan parti itu.

“Kita tak tolak, tapi masih mempertimbangkan,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Taklimat Khas bermpena PRU-15 dan Monsun Laut 2022 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini. 

Beliau mengulas status permohonan PBM sebagai komponen BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sebelum ini satu media melaporkan BN hampir pasti untuk tidak memuktamadkan sebarang bentuk kerjasama dan kesepakatan politik dengan PBM pada PRU15.

Media itu mendakwa permohonan PBM untuk menyertai gabungan itu setakat hari ini masih dalam status ‘tergantung’ dan dijangka tidak sempat diputuskan sebelum hari penamaan calon pada 5 November ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN