Perjumpaan Khas UMNO hangatkan bahang PRU15

Perjumpaan Khas UMNO hangatkan bahang PRU15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perjumpaan Khas Bersama Presiden UMNO dan Perdana Menteri diadakan hari ini menghangatkan bahang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), perjumpaan pada pukul 2 petang itu melibatkan 764 pemimpin sayap 191 bahagian yang terdiri daripada Ketua UMNO Bahagian, Ketua Wanita UMNO, Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Puteri UMNO.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dijangka tiba pada perjumpaan itu pada bila-bila masa.

Pada minggu lalu, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO sepakat memutuskan pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan pilihan raya umum (PRU) pada tahun ini juga.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, susulan keputusan itu, Perdana Menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, keputusan itu dibuat kerana UMNO percaya hanya mengembalikan hak rakyat bagi membolehkan mandat sebenar diperoleh, maka sebuah kerajaan stabil dapat dibentuk bagi memulihkan negara.

Ia khususnya dalam aspek ekonomi berkait rapat dengan soal kesejahteraan hidup mereka di samping beberapa usaha pembaharuan institusi ke arah mewujudkan tadbir urus lebih baik buat negara ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN