Pemuda ditahan, 9 kes pecah kenderaan di Lembah Klang selesai

Pemuda ditahan, 9 kes pecah kenderaan di Lembah Klang selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETAING JAYA: Sekurang-kurangnya sembilan kes pecah kenderaan di sekitar Lembah Klang diselesaikan  polis dengan tertangkapnya seorang lelaki tempatan di sekitar Puchong, di sini pada Jumaat lalu.

Penahanan suspek berusia 37 tahun itu dilakukan selepas satu laporan diterima polis daripada seorang mangsa mendakwa cermin keretanya dipecahkan dan barang berharga dicuri di kawasan parkir medan selera Everyday, Pusat Bandar Puchong, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, hasil maklumat risikan Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Puchong menangkap suspek yang disyaki melakukan kegiatan pecah cermin kereta sejak Ogos lalu.

“Modus operandi suspek adalah bergerak sendirian dan menyasarkan kereta yang diparkir di kawasan gelap lalu memecahkan cermin sisi belakang untuk mencuri barang berharga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Anbalagan berkata, hasil soal siasat, suspek yang merupakan seorang penganggur itu mengaku menjual barangan berharga hasil curi berkenaan secara dalam talian.

“Hasil soal siasat polis menemukan pelbagai barang berharga disyaki hasil jenayah pecah cermin kereta di sekitar Lembah Klang. Antara yang dirampas ialah beberapa unit telefon bimbit, power bank, beg, pelbagai mata wang asing dan sebuah kereta jenis Proton Persona dengan nilai keseluruhan sekitar RM13,000,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya