Pemimpin PH risau mereka ditolak rakyat pada PRU15

Pemimpin PH risau mereka ditolak rakyat pada PRU15

NUR JAZLAN MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sikap pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang tidak mahu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan segera mendedahkan lagi kerisauan mereka terhadap penolakan rakyat terhadap gabungan itu pada pilihan raya akan datang. 

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pemimpin PH menjadikan banjir sebagai alasan utama penolakan PRU15 diadakan pada tahun ini walhal, mereka berada dalam keadaan tidak bersedia ketika ini.

“Saya tergelak besar bila baca kenyataan Setiausaha Agong DAP, Anthony Loke yang minta rakyat untuk pasrah dengan kerajaan huru-hara sekarang sehingga penggal Parlimen tamat pada Mac depan. Macam mana bekas menteri ini boleh cakap macam begitu. 

“Dia lebih rela minta bertahan dengan kerajaan yang tidak stabil daripada mahukan PRU15 diadakan segera bagi mengembalikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih sebuah kerajaan yang kukuh.

“Anthony dan rakan PH asyik menakutkan rakyat dengan bahaya PRU15 diadakan pada musim tengkujuh. Lim Guan Eng dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas-bekas Menteri Kewangan pula ratib menyalahkan Perdana Menteri dari UMNO kerana kejatuhan ringgit dan beban kepada rakyat.

“Pada masa kerajaan yang stabil dan kuat di Parlimen untuk membuat langkah memulihkan keadaan ekonomi dan climate change diperlukan di PRU15, Anthony mahukan kerajaan yang lemah dan kucar kacir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nur Jazlan, PH sepatutnya membentangkan dasar mereka untuk menyelesaikan masalah dan membangunkan negara dan tidak bergantung kepada memburukkan UMNO dengan tuduhan melulu rasuah macam dalam isu kapal tempur pesisir pantai (LCS).

“Anthony sanggup membiarkan rakyat menderita, bukan hanya sekarang tapi sebenarnya rakyat sudah tertipu dan sengsara selepas PH naik jadi kerajaan selepas PRU14, hampir 5 tahun lalu. Tapi Anthony tergamak minta rakyat bersabar dan tanggung segala kesusahan disebabkan DAP dan pembangkang lain takut berdepan PRU15 lebih awal.

“Saya kesian tengok DAP dan rakan tak berpengaruh mereka seperti Bersih, Bar Council, C4 dan NGO nyamuk yang lain meroyan dan tak dilayan pengundi. Sebelum PRU14 dahulu, orang percaya dan senang untuk mereka ajak rakyat buat demonstrasi haram besar-besaran, sekarang orang dah sedar penipuan mereka dan tidak mahu dipergunakan lagi.

“Sebabnya DAP dan PH tahu kemarahan rakyat kepada kerajaan gagal PH masih membara biarpun ia sudah berlalu sejak hampir lima tahun lalu. Mereka juga belum bersedia untuk kembali menjadi pembangkang sepenuh masa sekiranya PRU15 diadakan dalam masa terdekat. 

“Sebab itulah mereka seboleh-bolehnya cuba menangguhkan PRU15 ke tahun depan supaya mereka ada banyak masa untuk mereka cipta siri penipuan baru, episod fitnah politik lebih canggih dan membina persepsi buruk kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) seperti mana yang mereka lakukan selama menjadi pembangkang dulu,” katanya.

Sementara itu kata Nur Jazlan, ketika ini nampaknya puak cauvinis sudah mula menguasai DAP dan Anthony kena pilih haluan sama ada mahu mengikut cauvinis atau Guan Eng.

“Mungkin Anthony mula merasa tekanan selepas ambil alih jawatan Setiausaha Agung DAP ini dari Guan Eng. Apatah lagi dalam keadaan DAP sudah gagal memenangi hati rakyat. Sekarang ini pula parti itu dikuasai Semula oleh puak cauvinis Cina. 

“Sebab itulah Anak didik Guan Eng yang cerdik pandai dari macam Tony Pua dan Ong Kian Meng menarik diri dan tidak mahu bertanding dalam PRU15. Jadi mesti Anthony pening mahu ikut kepala dinasti Lim,” katanya.

Dalam pada itu katanya, DAP ketika ini mula mengheret Yang di-Pertuan Agong dalam situasi politik semasa dengan cuba mencipta persepsi bahawa UMNO cuba menderhaka kepada institusi istana bila mahu Parlimen dibubarkan segera dan PRU15 diadakan dalam masa terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya