Pegawai khas Datuk ditahan SPRM

Pegawai khas Datuk ditahan SPRM

SPRM akan mencadangkan pertuduhan terhadap beberapa individu selepas siasatan mendapati terdapat ‘arahan’ projek Jana Wibawa diberikan secara tender terus kepada kontraktor dan syarikat tertentu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang pegawai khas kepada seorang ketua jabatan sebuah agensi kerajaan bergelar Datuk yang disiasat agensi itu.

Suspek  lelaki berusia 38 tahun itu ditahan semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan.

Satu sumber berkata, reman terbabit dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan suspek  direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 26 Oktober ini.

“Reman itu dibenarkan selepas SPRM mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini,” katanya.

Semalam, Ketua Jabatan agensi kerajaan bergelar Datuk itu direman kerana dipercayai menerima rasuah dan menyalahguna kuasa berhubung pelantikan sebuah syarikat bagi tujuan perolehan empat buah kenderaan pada 2017.

Peroleha  empat buah kenderaan yang dibuat pada 2017 itu berjumlah lebih RM290,000 bertujuan untuk kegunaan sebuah program yang dilaksanakan oleh agensi tersebut.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya