Pas bincang esok manifesto PRU15

Pas bincang esok manifesto PRU15

TAKIYUDDIN Hassan (tiga kiri) bersama kepemimpinan kerajaan negeri semasa menghadiri Majlis Kesyukuran Kenaikan Pangkat Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Kota Bharu, Kelantan hari ini. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pas memperincikan manifesto yang  bakal ditawarkan oleh parti itu  kepada rakyat untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam mesyuaratnya esok.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata,  beliau tidak dapat memberi sebarang komen berhubung perkara tersebut kerana tidak terlibat dalam merangka manifesto Pas untuk PRU15

“Setakat ini ia (manifesto) belum lagi dimuktamadkan dan dibawa ke dalam mesyuarat esok,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Kesyukuran Kenaikan Pangkat Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Diminta mengulas hasrat rakan sekutu dalam Perikatan Nasional (PN) iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Kelantan untuk bertanding di tiga kerusi Parlimen di negeri ini, penyandang kerusi Parlimen Kota Bharu itu berkata, ia masih dalam peringkat perbincangan.

Menurutnya, permintaan Bersatu Negeri Kelantan itu juga akan dibawa dan mungkin dimuktamadkan pada mesyuarat esok.

“Bagaimanapun Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Negeri Kelantan tidak bertanding di  mana-mana kerusi Parlimen pada PRU15,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.