Pas bebas guna lambang sendiri jika bersama BN

Pas bebas guna lambang sendiri jika bersama BN

AHMAD Zahid Hamidi bersama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada sidang akhbar selepas majlis Perjumpaan Khas Ketua Bahagian dan Ketua Tiga Sayap dari 191 bahagian bersama Presiden UMNO dan Perdana Menteri di WTCKL, hari ini. - FOTO/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas bebas untuk menggunakan lambangnya sendiri jika parti itu memilih untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Pas diminta diberikan jawapan dengan kadar segera untuk memutuskan berhubung rakan kerjasama sama ada pihaknya sendiri ataupun Perikatan Nasional (PN).

Beliau menegaskan BN dan UMNO akan bergerak solo sekiranya Pas gagal memenuhi syarat ditentukan pihaknya sebelum ini.

“Bukan lebih keyakinan, tetapi kami yakin bahawa tanpa mereka tentunya dalam menghadapi pilihan raya mengikut kaedah-kaedah tertentu.

“Tetapi jika mereka ingin bersama UMNO dan BN, mereka bebas menggunakan lambang sendiri dan kita boleh bertoleransi untuk menjalinkan kebersamaan jentera bagi menghadapi pilihan raya,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perjumpaan Khas Bersama Presiden UMNO dan Perdana Menteri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya