Pas ada plan kedua - Tuan Ibrahim

Pas ada plan kedua – Tuan Ibrahim

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pas mempunyai plan kedua jika penyatuan ummah yang diusahakan menerusi Muafakat Nasional (MN) gagal.

Timbalan Menteri Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini kerana MN bukan kepentingan politik yang hanya melibatkan UMNO dan Pas semata-mata.

Berikutan itu, beliau tidak kisah jika masih dianggap bermain dua kolam.

“Sekarang kita 4, 5 kolam pun tak ada isu, bila sebut penyatuan ummah, ia libatkan semua, bukan Pas dengan UMNO sahaja.
Walaupun MN ini adakan perjumpaan secara tidak rasmi, tetapi MN ini platform bukan untuk politik tapi kepentingan masyarakat orang islam dan sebagainya.

“Kalau nak kira sensitif berasa hati, Pas lebih berasa hati dengan UMNO, 60 tahun berbanding Bersatu, Bersatu sendiri pun sebahagian daripada UMNO. Sebab itu itu kita kata ada beberapa isu kecil sahaja yang kita cuba selesaikan.

“Kalau berjaya, kita teruskan. Kalau tidak berjaya pun kita ada plan kedua,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Tuan Ibrahim dalam masa yang sama turut menjelaskan yang keputusan mengenai kerjasama dengan UMNO akan diputuskan pada Sabtu ini.

Sementara, perkara lain mengenai pembubaran tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pimpinan Pas iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah akan diputuskan sebaik sahaja pembubaran dibuat.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menjawab kenyataan Presiden UMNO yang dikatakan akan kembali meja rundingan dengan Pas berhubung kerjasama dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jika parti itu memenuhi tiga syarat ditetapkan.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkata, tiga syarat berkenaan telah dikemukakan kepada Pas ketika beliau bertemu dengan Presiden parti itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

“Saya tengok kenyataan rasminya tidak ada syarat itu. Syarat itu tidak ada dalam kenyataan rasminya. Jadi saya fikir kalau betul tiga syarat itu mesti masuk dalam kenyataan rasmi.

“Kenyataan rasmi tidak menyebut syarat-syarat tersebut,” jelas Tuan Ibrahim lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya