Parlimen bubar, GRS tanding guna satu logo

Parlimen bubar, GRS tanding guna satu logo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersedia untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan akan bertanding di bawah satu logo yang sama iaitu logo GRS.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor susulan pembubaran Parlimen yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ketua Menteri itu berkata, parti-parti komponen dalam gabungan itu akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi memuktamadkan agihan kerusi yang akan ditandingi.

Beliau berkata, semua parti komponen GRS akan bersatu bagi berdepan PRU15 dan kesemua parti telah mencapai kata sepakat untuk menggunakan satu logo atau lambang yang sama.

Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah itu berkata, jentera pilihan raya GRS di peringkat negeri dan Parlimen telah sedia diaktifkan.

Menurut beliau, semua parti komponen juga telah membuat persiapan masing-masing untuk berjuang di bawah semangat GRS.

“Di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, kerajaan GRS-Barisan Nasional (BN) masih mempunyai masa selama tiga tahun untuk memerintah maka, tiada keperluan pembubaran DUN dilakukan pada masa ini,” katanya susulan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15 yang diumumkan Perdana Menteri hari ini.

Perdana Menteri juga menasihatkan semua negeri kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor untuk membubarkan DUN masing-masing bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan serentak dengan PRU15.

Di Sabah, PRN telah diadakan pada September 2020 selepas kerajaan Warisan Plus hilang majoriti susulan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka bertindak keluar parti.

Selepas PRN Sabah Ke-16, GRS ditubuhkan dengan gabungan parti BN yang terdiri daripada UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBRS); Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah dan Pas serta Parti Bersatu Sabah (PBS).

Kemudian semasa didaftarkan secara rasmi sebagai gabungan politik, GRS dianggotai oleh empat parti iaitu Bersatu, PBS, Parti Maju Sabah (SAPP) dan STAR dan diikuti dengan penyertaan Pertubuhkan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).

Kini, GRS berada dalam kedudukan selesa dengan 53 daripada 79 kerusi DUN Sabah termasuk ADUN dilantik manakala, blok pembangkang hanya mempunyai 26 kerusi. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya