Panggilan video sahkan Azie selamat – Ibu - Utusan Malaysia

Panggilan video sahkan Azie selamat – Ibu

ZAHASNAH Mohd. Zain memberitahu dua panggilan video sebelum ini mengesahkan anaknya Azie selamat. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Ibu kepada ejen jualan barangan kosmetik dikenali sebagai Azie atau nama sebenar Rosnazirah Mohd. Naim, 36 yang diculik dan dilahirkan ke Thailand mengakui pernah dua kali berhubung dengan anaknya yang berada di negara itu menerusi panggilan video pada minggu lalu.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Zahasnah Mohd. Zain, 61, berkata, menerusi panggilan video itu, hatinya lega apabila melihat anaknya itu berada dalam keadaan selamat malah Azie turut memaklumkan akan pulang tidak lama lagi.

“Kami berhubung menerusi panggilan video pada minggu lalu. Jika tidak silap, ketika itu diua sudah berada di Kedutaan Malaysia di Bangkok.

“Azie memaklumkan bahawa berada dalam keadaan selamat. Dia juga berpesan kepada saya dan ayahnya untuk makan dan jangan fikir yang bukan-bukan kerana dia baik-baik sahaja di sana,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Semat Jal di sini kelmarin.

Zahasnah memberitahu, dia tidak sempat bercakap lama dengan Azie menerusi panggilan video itu, namun melihat anaknya sudah memakai baju berbeza berbanding hari dia diculik.

Katanya, selepas dua kali berhubung minggu lalu, Azie tidak lagi menghubunginya sehingga berita mengenai anaknya itu berjaya diselamatkan tersebar pada malam Khamis lalu.

“Meskipun sudah berada di Malaysia, saya masih belum dapat berhubung dengan Azie. Saya bersyukur dan amat me­rinduinya.

“Kami sekeluarga menunggu perkembangan selanjutnya. Setakat ini, kami masih belum dapat menghubungi Azie,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memberitahu, mangsa diselamatkan hasil kerjasama pihak berkuasa Thailand dan kini berjaya dibawa pulang ke Malaysia.

Menurutnya, lokasi kebera­daan mangsa di negara itu dapat dikesan melalui kerjasama erat Polis Diraja Malaysia dan Polis Diraja Thailand.

“Mangsa kemudiannya berjaya ditemukan dan diselamatkan sebelum dibawa pulang ke tanah air,” katanya.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, wanita itu kini berada di satu lokasi di Kuala Lumpur dan dia diselamatkan di Thailand tanpa membabitkan sebarang pembayaran wang tebusan.

Dalam pada itu satu sumber memberitahu Mingguan Malaysia mangsa berusia 36 tahun itu kini ditempatkan di bawah perlindungan Bukit Aman untuk dirakam percakapan dalam proses polis mengumpul bukti-bukti berkaitan.

“Ketika diselamatkan, tiada sebarang kecederaan pada mangsa.

“Mangsa (Azie) kini dipantau kesihatannya dan hanya akan diserahkan kepada keluarga selepas pihak polis dapat memastikan keselamatannya terjamin,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Kelmarin akhbar ini mela­por­­kan ejen jualan kosmetik tersebut diselamatkan PDRM hasil kerjasama polis Thailand pada 29 September lalu selepas lebih dua minggu hilang diculik di rumahnya Kampung Semat Jal, Tumpat, Kelantan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dilaporkan berkata, mangsa telah dibawa pulang ke negara ini dan tujuh individu ditahan bagi siasatan di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.

Pada 13 September lalu, mangsa didakwa ‘dilarikan’ tiga lelaki selepas dikaitkan mempunyai kaitan dengan sindiket dadah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN