PETALING JAYA: Pakej Remaja Keluarga Malaysia akan diteruskan sehingga April tahun hadapan.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pakej ini telah membantu belia mendapatkan pakej pelan langganan internet dengan hanya berjumlah RM30 untuk tempoh tiga bulan.
Justeru, katanya, usaha ini bagi mendapatkan jurang digital dalam kalangan belia dan melancarkan sesi pembelajaran pelajar.
Menurutnya, pakej e-pemula juga akan diteruskan dengan menaikkan jumlah kredit sehingga RM200 untuk manfaat lebih 2 juta belia dengan peruntukan 400 juta ringgit. – UTUSAN