OKU lembam ditemukan lemas dalam kolam 100 meter dari rumah

OKU lembam ditemukan lemas dalam kolam 100 meter dari rumah

ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat seorang lelaki OKU berusia 17 tahun yang ditemukan lemas di kolam berhampiran kediamannya di Kampung Batu 18, Sengkang, Bukit Gambir, Tangkak semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang orang kurang upaya (OKU) lembam ditemukan lemas di sebuah kolam yang hanya berjarak kira-kira 100 meter dari kediaman mangsa di Kampung Batu 18, Sengkang, Bukit Gambir, Tangkak awal pagi semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir, Penolong Penguasa Bomba, Rafiah Aziz berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung kejadian berkenaan pada pukul 8.42 malam, kelmarin.

Sehubungan itu katanya, sembilan anggota beserta dua buah jentera telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, dimaklumkan terdapat seorang lelaki OKU berusia 17 tahun dipercayai hilang sekitar pukul 4 petang dan gagal ditemukan ahli keluarganya.

“Difahamkan, mangsa pergi ke kolam berhampiran kediamannya bersama kakaknya pada sebelum mereka pulang ke rumah bersama pada pukul 3.30 petang.

“Ketiadaan mangsa di rumah kemudian disedari ahli keluarga sekitar pukul 4.30 petang, sebelum membuat laporan kepada pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Rafiah, pihaknya memulakan operasi pencarian mangsa di sekitar kawasan rumah mangsa dan kawasan berhampiran.

“Operasi pencarian dibahagikan kepada tiga sektor pada jarak 2 kilometer daripada lokasi terakhir mangsa dipercayai hilang namun tidak ditemukan.

“Balai Bomba kemudian menerima panggilan daripada keluarga mangsa pada pukul 6.47 pagi keesokannya memaklumkan mangsa telah dijumpai terapung di kolam berhampiran kediaman mereka.

“Anggota kemudian bergegas ke lokasi dan melakukan operasi mengeluarkan mangsa dari kolam menggunakan peralatan khas. Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya