Obesiti: 1.7 juta rakyat berdepan diabetes, jantung, hipertensi

Obesiti: 1.7 juta rakyat berdepan diabetes, jantung, hipertensi

HARJEET SINGH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lebih separuh po­pulasi dewasa Malaysia iaitu sa­tu daripada dua orang bersamaan 50.1 peratus adalah obesiti atau berlebihan berat badan berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS 2019) sekali gus menunjukkan peningkatan daripada 47.7 peratus (NHMS 2015).

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Harjeet Singh berkata, isu obesiti di Malaysia amat memerlukan perhatian dan tindakan berikutan golongan ini berisiko mendapat diabetes, hipertensi, dan penya­kit jantung amat tinggi.

Statistik semasa juga menunjukkan, 1.7 juta rakyat Malaysia mempunyai ketiga-tiga risiko hipertensi, diabetes dan kolestrol tinggi manakala 3.4 juta pula mempunyai sekurang-kurang­nya dua daripada risiko ini.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa budaya hidup yang tidak sihat seperti kurang akti­viti fizikal, cara hidup sedentari dan pemakanan tidak seimbang menjadi penyumbang kepada berat badan tidak sihat.

Bukan itu sahaja, kesibukan kerja, pengurusan rumah tangga, adaptasi norma baharu dan kesejahteraan mental juga antara faktor yang mencabar untuk kekal fokus dalam pe­ngurusan berat badan dan penjagaan kesihatan.

Susulan daripada itu, Program Pengurusan Berat Badan Bersepadu Kebangsaan (MyVIFitEr) dibentuk bagi membantu menangani masalah berat badan berlebihan dan obesiti dalam ka­langan Keluarga Malaysia yang menunjukkan peningkatan ketara.

Beliau berkata, menerusi program itu, seramai 1,806 peserta berjaya membuktikan bahawa program berlangsung selama 10 minggu secara percuma sememangnya memberi impak besar kerana ada yang berjaya menurun berat badan sehingga 30 kilogram.

Katanya, kesemua peserta sa­ma ada mengikuti secara fi­zikal atau maya perlu mene­ruskan usaha dalam pengurusan berat badan ini untuk me­ngekalkan kesihatan optimum.

“Malah, peserta yang tamat program ini merupakan agen atau suri teladan kepada rakan-rakan yang berminat untuk menguruskan pengurusan berat badan yang selamat dan betul.

“Program ini amat membantu peserta kerana kementerian mempunyai pakar-pakar kesihatan yang terlatih dan kompeten dalam bidang masing-ma­sing yang mampu memberikan perkongsian ilmu kepada peserta untuk mengubah tingkah laku budaya hidup yang lebih sihat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya