Najib fail semakan kehakiman terhadap Jabatan Penjara - Utusan Malaysia

Najib fail semakan kehakiman terhadap Jabatan Penjara

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Jabatan Penjara Malaysia yang tidak membenarkannya menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Permohonan itu difailkan melalui peguamnya di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee yang mengesahkan perkara itu ketika dihubungi media berkata, Najib memohon dua pengisytiharan iaitu diberikan kebenaran mengakses pegawai parlimennya bagi menjalankan fungsi beliau sebagai Ahli Parlimen dan dibenarkan menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Isnin lalu, peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah dalam sidang media berkata, Jabatan Penjara menolak permohonan Najib untuk menghadiri sidang Parlimen.

Menurut Muhammad Shafee, pihaknya telah mengemukakan permohonan bagi membenarkan Ahli Parlimen Pekan itu ke Parlimen pada 19 September lalu namun permohonan itu telah ditolak.

Tambah Muhammad Shafee, Najib masih lagi seorang Ahli Parlimen dan sepatutnya dia diberikan hak untuk hadir pada sidang Parlimen yang mana hak untuk berjumpa dengan wakil dan rakyat di kawasannya.

Pada 8 September lalu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menerima dokumen tambahan berkaitan kedudukan Najib yang kekal sebagai Ahli Parlimen Pekan, buat masa ini.

Beliau berkata, dokumen tambahan itu antara lain mengandungi surat daripada Tetuan Shafee & Co. bertarikh 7 September 2022 mengenai permohonan Semakan Jenayah (Review) menurut Kaedah 137 Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 kepada Mahkamah Persekutuan.

Najib sedang menjalani penjara 12 tahun dan denda RM210 juta di Penjara Kajang dalam kes dana SRC International Sdn. Bhd. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.