Naib Ketua Pemuda Amanah meninggal dunia

Naib Ketua Pemuda Amanah meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Naib Ketua Pemuda Amanah, Muhamad Fadzil Ahmad dilaporkan meninggal dunia di Hosptal Klang di sini pada  pukul 1.15 pagi ini.

Muhammad Fadzil, 38, yang dipercayai mengalami komplikasi jantung sehingga membawa maut meninggalkan isteri dan lima anak.

Berita duka itu dikongsikan Presiden Parti Amanah, Mohamad Sabu menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini. 

“Ustaz Muhammad Fadzil seorang peguam muda yang sangat dedikasi dan tokoh muda yang berwawasan. Bagi pihak Parti Amanah Negara, kami sangat terasa dengan pemergian beliau. 

“Takziah diucapkan kepada balu Allahyarham, anak-anak, ahli keluarga dan sahabat handai. Marilah kita doakan semoga beliau dikurniakan setinggi keampunan dan ditempatkan bersama hamba hamba yang soleh,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya