Mujur ada sampan - mangsa banjir

Mujur ada sampan – mangsa banjir

SULAIMAN ABD. RAHMAN membersihkan bot yang digunakan untuk menyelamatkan keluarganya serta jiran ketika banjir yang berlaku malam semalam di Kampung Paya Kenangan, Bandar Dato Onn, Johor Bahru UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI Pemberita: Raja Jaafar Ali
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU :  Sebuah sampan gentian berjaya menyelamatkan sebuah keluarga yang dilanda banjir di Kampung Paya Kenangan, Bandar Dato Onn, malam semalam.

Seorang penduduk Sulaiman Abd Rahman 40, berkata, sebaik hujan lebat bermula jam 7.30 malam disertai dengan petir dan angin kencang, dia bersama isteri dan tiga anaknya bersiap sedia dengan segala kemungkinan.

“Apabila air mulai naik hingga ke paras pinggang saya meredah air dalam gelap untuk mendapatkan bot yang berada tidak jauh dari rumah saya.

SULAIMAN ABD. RAHMAN bersama isteri Yulyana Narom mula mengemas rumahnya selepas banjir surutdi Kampung Paya Kenangan, Bandar Dato Onn, Johor Bahru.- UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

“Saya terpaksa meredah banjir dalam hujan lebat dan gelap demi menyelamatkan keluarga saya dan beberapa jiran,” katanya kepada Utusan di Kampung Paya Kenangan.

Menurutnya, sebelum mengambil bot dia berpesan kepada isteri dan tiga anaknya supaya bersiap sedia di halaman rumah bagi memudahkan untuk menaiki bot.

Jelasnya lagi, dia membawa keluarganya ketempat lebih tinggi iaitu di PPR Desa Mutiara sebelum duduk sementara SK Bukit Mutiara.

Dia turut membantu beberapa orang jiran yang hendak keluar rumah setelah rumah mereka mulai ditenggelami air sehingga paras pinggang.

“Air mulai surut kira-kira pukul 1 pagi, saya balik kerumah bersama isteri dan pagi itu juga saya mengemas rumah,” katanya lagi.

Sulaiman berkata, hujan pada malam itu sangat lebat selama dua jam beserta angin kencang dan ribut petir.

Memang menakutkan kerana arus sangat kuat serta angin kencang.

Bagaimananpun dia bersyukur kerana semua ahli keluarga serta jiran-jirannya selamat dalam kejadian banjir. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya