KUALA LUMPUR: Mesyuarat ‘Top 5’ UMNO kini sedang berjalan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadap Yang di-Pertuan Agong jam 4 petang tadi. Tidak dapati dipastikan tujuan pertemuan tersebut, namun dipercayai ia berkaitan pembubaran Dewan Rakyat. Pertemuan itu berlangsung di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC). Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada Jumaat lalu menetapkan bahawa pembubaran Parlimen perlu dilakukan dalam masa terdekat bagi memberi laluan untuk PRU15 diadakan pada tahun ini. – UTUSAN
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya