Mesyuarat MT UMNO esok tanda PRU15 hampir - Utusan Malaysia

Mesyuarat MT UMNO esok tanda PRU15 hampir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO akan mengadakan mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) esok sekali gus membayangkan pembubaran Parlimen bakal berlaku dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan seorang anggota MT kepada Utusan Malaysia.

“Ya, esok ada mesyuarat MT,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan agenda utama mesyuarat esok walaupun ia dipercayai berkaitan persiapan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Mesyuarat berkenaan dikatakan berlangsung pada sebelah malam di Menara Dato’ Onn.

Sehingga kini, masih tidak diketahui bilakah tarikh pembubaran Parlimen namun dijangka dalam waktu terdekat.

Namun Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ditanya berhubung spekulasi pembubaran Parlimen, beliau berkata, perkara itu tetap masih spekulasi sehingga ada pengumuman rasmi.

“Saya dah kata, kita tunggu dahulu. Saya dah kata untuk pembubaran tunggu dulu pengumuman,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Maulidul Rasul di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Ismail Sabri juga mengulas sama ada Bajet 2023 akan dibahas sebelum Parlimen dibubarkan, beliau berkata: ‘Tunggu dahulu’. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya