Malaysia ambil iktibar rusuhan penyokong bola sepak di Indonesia - Utusan Malaysia

Malaysia ambil iktibar rusuhan penyokong bola sepak di Indonesia

AHMAD Faizal Azumu dalam sidang akhbar pada Majlis Makan Malam dan Dana Pilihan Raya Umum (PRU-15) Pas Perak di Ipoh semalam. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Malaysia mengambil iktibar insiden rusuhan penyokong bola sepak di Stadium Kanjuruhan, Malang di Indonesia yang mengorbankan 182 orang.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, sebagai negara jiran, Malaysia turut berdukacita dengan tragedi itu dan berharap ia tidak berlaku di Malaysia mahupun negara lain.

“Malaysia akan mengambil iktibar kejadian itu dan kita belajar bagaimana untuk mengelaknya daripada berlaku.

“Bukan sahaja di sini tapi kita harap tidak berlaku di mana-mana juga,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam dan Dana Pilihan Raya Umum (PRU-15) Pas Perak di sini semalam.

Menurut Ahmad Faizal, beliau akan berhubung dengan rakan sejawatannya di sana sekiranya ada apa-apa bantuan yang boleh disumbangkan kepada mereka.

“Kita ucapkan takziah kepada kerajaan Indonesia dan seluruh rakyatnya. Kita mendoakan agar mereka yang terkorban diampuni segala dosa dan dihimpunkan bersama orang-orang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Insiden yang menggemparkan sejarah bola sepak dunia itu berlaku ketika kekecohan melibatkan penyokong kelab Arema FC yang tewas 3-2 kepada Persebaya, Surabaya.

Polis dikatakan terpaksa melepaskan gas pemedih mata sekali gus menyebabkan lebih ramai penonton merempuh masuk ke dalam padang sehingga ada yang sesak nafas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya