Majlis tilawah al-Quran ejen penyatuan ummah

Majlis tilawah al-Quran ejen penyatuan ummah

IDRIS Ahmad beramah mesra bersama sebahagian tetamu yang hadir pada Majlis Pembukaan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-62 Tahun di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-62 (MTHQA-62) bermula kelmarin disambut meriah oleh orang ramai dan masyarakat antarabangsa yang memenuhi ruang dewan Plenary di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini.

Johan Qariah MTHQA Ke-61, Nor Farhatul Fairuzah Panut berkata, beliau terharu melihat sambutan orang ramai terhadap majlis ini kerana menandakan minat masyarakat kepada majlis agama semakin tinggi.

Sehubungan itu, beliau berharap MTHQA yang berlangsung selama enam hari mendapat liputan lebih luas dan diuar-uarkan semua pihak supaya tiada pihak tercicir daripada mengikuti program tilawah tersebut.

“MTHQA ni sangat bagus, ia adalah majlis agama yang membawa al-Quran. Jadi kita kena lebih menguar-uarkan dan mengajak orang ramai untuk sentiasa bersama dengan al-Quran.

“Sebagai antara yang berpengalaman sebab saya pernah menyertai pertandingan ini, saya bersyukur dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama dari pelbagai negara luar. Bagi saya, MTQHA ni dapat menyatupadukan ummah di seluruh dunia,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.

Nor Farhatul Fairuzah Panut

MTQHA-62 membawa 36 peserta daripada 28 buah negara termasuk Malaysia untuk menyertai pertandingan kali ini.

Ia berlangsung enam hari hingga 24 Oktober ini dan siaran langsung boleh disaksikan di laman media sosial Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta beberapa saluran lain.

Majlis pembukaan program tilawah al-Quran itu dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad dan timbalannya, Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Masoud Noori

Sementara itu, peserta dari Iran, Masoud Noori teruja diberi peluang turut serta di dalam MTQHA-62.

“MTQHA-62 yang diadakan di Malaysia ini sepertimana semua tahu adalah salah satu pertandingan paling popular. Pelbagai negara ingin mengambil bahagian di dalam program tilawah al-Quran ini, jadi saya ia memang sudah ada di tahap paling tinggi.

“MITQHA mampu membantu mengembangkan Islam di seluruh dunia dengan menampilkan qurra dan qariah yang hebat dalam mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.