PERTANDINGAN lima penjuru atau lebih dijangka berlaku di Parlimen Alor Setar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) susulan empat parti dan seorang calon Bebas mengesahkan mahu mencuba nasib setakat ini. Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) sudah tentu bertanding di kerusi yang memiliki majoriti kira-kira 64 peratus pengundi Melayu itu. Pendatang baharu dalam arena politik di Kedah, Warisan tidak kurang yang mahu memeriahkan bilangan borang pencalonan…