Lelaki ditahan cuba cetus provokasi berkaitan PRU15

Lelaki ditahan cuba cetus provokasi berkaitan PRU15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki setelah dipercayai membuat provokasi kepada anggota polis ketika ditahan di Jalan 45/10, Taman Koperasi Polis Fasa 2 dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 petang itu, polis menerima makluman mengenai seorang lelaki sedang memberi pengucapan awam dengan menggunakan pembesar suara di atas jalan dan menghalang lalu lintas di lokasi tersebut.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, anggota polis kemudian digerakkan ke lokasi kejadian dan terdapat seorang individu memegang sebatang kayu yang diikat bersama bendera parti politik serta memegang satu unit pembesar suara, sedang berkempen berkenaan PRU15.

“Anggota polis kemudian memperkenal diri dan meminta individu tersebut untuk mengemukakan pengenalan diri, namun suspek enggan memberikan kerjasama dengan membuat provokasi mempersoal kuasa polis. 

“Setelah menerangkan hak-hak untuk menahan dan memeriksa individu dinasihati untuk beredar tetapi suspek enggan dan sekali lagi bertindak melakukan provokasi dengan mempertikaikan anggota polis tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Eng Lai, suspek yang berusia 44 tahun itu  yang juga naib ketua satu bahagian parti politik  ditahan bagi siasatan lanjut.

“Semakan mendapati individu ini mempunyai satu rekod kesalahan jenayah lampau. Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 283 Kanun  Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN