Larang pengundi bawa telefon bimbit ketika mengundi - Utusan Malaysia

Larang pengundi bawa telefon bimbit ketika mengundi

halal
DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa membuat peraturan untuk melarang pengundi membawa telefon bimbit ketika proses pengundian.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, hal ini kerana pengundi boleh menunjukkan melalui telefon masing-masing bahawa mereka sudah undi calon tertentu dan kemudian menunjukkan kepada parti yang akhirnya menghulurkan wang.

Katanya, jika tidak dibetulkan segera maka rasuah dan penipuan akan dilakukan dalam pilihan raya.

“Terdapat banyak kelemahan dalam pilihan raya. Umpamanya telefon bimbit boleh menidakkan rahsia pengundi. Parti boleh guna maklumat untuk sogokan.

“Pengundi boleh tunjuk melalui telefon bahawa dia sudah undi parti tertentu dan parti pun hulur wang. Tidak bolehkah SPR tegah membawa telefon bimbit semasa mengundi?” Soalnya dalam Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, SPR menetapkan 19 November ini sebagai hari pengundian PRU15 yang meliputi pilihan raya serentak bagi mengisi kekosongan 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, 15 kerusi DUN Perlis dan 59 kerusi DUN Perak serta DUN Bugaya, Sabah.

Sementara itu, tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November dan pengundian awal pula, tarikh 15 November dipilih dan tempoh berkempen bagi PRU15 adalah 14 hari.

Menurut Dr. Mahathir, sebenarnya terdapat banyak lagi kelemahan pilihan raya yang perlu diperbaiki oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum PRU15.

“Tetapi SPR tidak hendak dengar teguran berkenaan kelemahan ini. Jika tidak dibetulkan rasuah dan penipuan akan dilakukan dalam pilihan raya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya