Laporan audit lori nahas di Sedenak akan disemak

Laporan audit lori nahas di Sedenak akan disemak

ZAILANI Hashim bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas merasmikan Ulang Tahun Ke-20 Akademi JPJ di Tiang Dua, Ayer Molek, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyemak laporan audit berkenaan proses pemeriksaan lori yang terlibat dalam nahas di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dekat Sedenak, Johor, Sabtu lalu.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, semakan dibuat menerusi Laporan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) untuk mengesan sekiranya berlaku kelemahan pemeriksaan.

“Itu (nahas) sebenarnya banyak perkara kita hendak tengok melalui JISA, kita hendak pastikan sama ada lori terlibat melalui pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom). 

“Lepas itu daripada segi struktur pembinaan kenderaan itu sendiri memenuhi JISA atau tidak, kalau ada lack (kesilapan) di mana-mana berkenaan teknikal, tindakan susulan akan diambil,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Ulang Tahun Ke-20 Akademi JPJ di Tiang Dua, Ayer Molek di sini hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, dua maut manakala empat yang lain selamat selepas sebuah lori jenis Isuzu merempuh tiga kereta iaitu Proton Wira, Toyota Vios dan Proton Preve di Sedenak. 

Salah seorang mangsa, Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28, meninggal dunia selepas tersepit di tempat duduk penumpang hadapan sebelum kereta Proton Wira dinaiki bersama suami, Redzuan Jamil, 28, terbakar. 

Dalam pada itu, Zailani mengingatkan para pemandu kenderaan berat supaya lebih bertanggungjawab dan tidak memperjudikan nyawa pemandu lain semata-mata hanya ingin mengejar trip bagi mengaut keuntungan. 

“Kita tahu mereka mengejar trip barang yang dibawa, tapi bila barang itu melebihi muatan dibenarkan ia memberi kesan terhadap kemampuan brek. 

“Sebab itu kita ada Seksyen Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 untuk mereka yang melanggar ketetapan berat dengan muatan,” jelasnya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya