KUIS dinaik taraf Universiti Islam Antarabangsa Selangor

KUIS dinaik taraf Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Abdul Razak Jaafar (tiga kiri) mempersembahkan watikah rasmi naik taraf Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor sebagai Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIS) kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan Shah Alam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) kini bertukar nama selepas dinaik taraf sebagai Universiti Islam  Antarabangsa Selangor (UIS).

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd, Yusof memaklumkan,selepas penaiktarafan itu  KUIS kini bergelar sebagai (UIS) dan setanding dengan institusi pengajian tinggi lain.

“Dengan penaiktarafan itu, institusi tersebut dapat dilihat setanding dengan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang lain,” tambah beliau.

Menurut MAIS, UIS perlu kekalkan momentum kecemerlangan sebagai sebuah IPT dan meningkatkan penghasilan pelajar cemerlang serta berkualiti dalam bidang profesional dan hebat di sisi agama.

UIS juga perlu mengorak langkah komprehensif serta mengambil peluang agar dapat merealisasikan kejayaan demi kejayaan apabila menjadi sebuah universiti.

MAIS juga menyeru agar ibu bapa dan pelajar, memilih UIS sebagai institusi untuk melanjutkan pengajian yang berteraskan syariah Islamiah di negeri Selangor ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Datuk Dr. Husaini Omar, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,  Datuk Haris Kasim, Anggota MAIS,  Salehuddin Saidin dan Rektor KUIS, Prof. Madya Datuk  Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya