PETALING JAYA: Peningkatan kos operasi para penternak ayam menyebabkan mereka terpaksa mengurangkan ternakan sekali gus menyebabkan gangguan bekalan telur di pasaran di beberapa negeri. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya telah mengadakan libat urus antara pengeluar telur bersama beberapa kementerian. “Kita dapati masalah utama kekurangan bekalan akibat kos operasi pengeluaran yang semakin meningkat dan kerajaan sedang mengambil langkah penyelesaian termasuk…










