Kipas siling bilik darjah terjatuh, murid patah jari tangan  - Utusan Malaysia

Kipas siling bilik darjah terjatuh, murid patah jari tangan 

KEADAAN murid yang patah jari tangan kiri selepas terkena kipas siling bilik darjah yang terjatuh dalam kejadian di sebuah sekolah di Selama hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LARUT: Seorang murid perempuan tahun dua sebuah sekolah di Selama di sini patah jari tangan kiri selepas terkena kipas siling bilik darjah yang terjatuh dalam kejadian pada pukul 10 pagi tadi.

Bapa pelajar yang mahu dikenali sebagai Mohd, 32, berkata, anaknya yang berusia lapan tahun itu telah dibawa sendiri ke Hospital Selama oleh isterinya untuk rawatan lanjut.

Katanya, pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu patah tulang jari tangan kiri dan terpaksa dibalut dengan simen selain cedera di bahagian dada.

“Saya telah pergi ke kelas anak saya dan mendapati kipas di dalam bilik darjah itu terlalu uzur, lama dan berkarat. Keadaan kipas itu bukan sahaja tidak selamat, malah tidak sepatutnya digunakan lagi.

KEADAAN kipas yang jatuh menimpa murid.

“Kebetulan pula, meja anak saya betul-betul di bawah kipas, jadi kecederaan dialaminya agak serius berbanding yang lain,” katanya di sini hari ini.

Mohd. berkata, selain anaknya, terdapat tiga murid perempuan lain yang turut cedera terkena kipas berkenaan.

Katanya, anaknya diberikan cuti sakit selama 14 hari dan kini trauma dengan kejadian itu.

“Saya terima kejadian ini sebagai satu kemalangan, namun terkilan dengan tindakan pihak sekolah yang tidak terus menghantar anak saya ke hospital untuk rawatan.

“Pihak sekolah memberi alasan perlu mengikut peraturan yang ditetapkan Jabatan Pendidikan kerana kes itu merupakan kemalangan yang berlaku dalam bilik darjah.

“Saya kecewa kerana kes ini adalah kecemasan dan perlukan tindakan segera. Isteri saya yang tiba di sekolah memaklumkan tangan anak kami telah bertukar warna kuning akibat kejadian itu,” katanya yang membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Selama petang tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Selama, Superintenden Mohd. Sabri Saad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya