JPJ ketat pemeriksaan, kelulusan kenderaan drag

JPJ ketat pemeriksaan, kelulusan kenderaan drag

ZAILANI Hashim menyampaikan sijil penghargaan kepada bekas Ketua Pengarah JPJ, Datuk Pahamin A. Rajab sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Akademi JPJ di Tiang Dua, Ayer Molek, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengetatkan pemeriksaan dan syarat kelulusan kenderaan untuk perlumbaan drag terutama aspek mekanikal serta spesifikasi bagi memastikan keselamatan pemandu.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, pihaknya tidak pernah melonggarkan syarat permohonan berkaitan sukan permotoran tersebut atau memandang ringan soal keselamatan yang perlu ada pada kenderaan terlibat.

“Setiap masa JPJ perketatkan aspek pemanduan kenderaan drag dan tidak pernah kita longgar syarat kelulusan, kerana kita memang tidak melihat benda itu sebagai satu benda yang ringan memandangkan pemanduan itu sendiri sudah berbahaya.

“Spesifikasi, enjin dan kerangka dalaman kenderaan ini yang diubah suai sebenarnya perlu mendapat kelulusan JPJ, jika tidak kenderaan terbabit dilarang sama sekali menyertai perlumbaan drag.

“Setiap kenderaan yang ingin menyertai perlumbaan drag, penganjur perlu menghantar permohonan kepada JPJ bagi kita melihat daripada aspek teknikal, tayar dan brek yang perlu mengikut syarat-syarat ditetapkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun Ke-20 Akademi JPJ di Tiang Dua, Ayer Molek, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai insiden melibatkan seorang pelumba drag, Muhamad Hafez Jamal Jamaludin yang maut selepas menyertai perlumbaan drag BOTK 2022 di Litar Perlumbaan Gong Badak, Terengganu, Sabtu lalu.

Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas kereta lumba dipandunya hilang kawalan lalu terbabas. 

Mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut, Zailani berkata, JPJ masih menunggu laporan penuh daripada polis untuk mengetahui punca kemalangan, sama ada disebabkan faktor kecuaian manusia atau masalah mekanikal kenderaan.

Dalam perkembangan lain, beliau menambah, JPJ akan melatih seramai 1,000 pemandu ambulan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan kemalangan sewaktu membawa mangsa ke hospital dapat dikurangkan.

Menurutnya, latihan itu akan dilaksanakan mulai tahun depan selepas tergendala berikutan pandemik Covid-19.

“Kemalangan membabitkan ambulan sebenarnya boleh dielak kerana kita menyediakan modul lengkap untuk pemanduan kenderaan itu, sekali gus dapat mengurangkan kemalangan yang berlaku,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya