Jenazah Apeh Jamal selamat dikebumi

Jenazah Apeh Jamal selamat dikebumi

AHLI keluarga menyiram air di kubur Allahyarham Muhamad Hafez Jamal Jamaludin semasa pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya di  Ipoh, Perak,  hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pelumba drag, Muhamad Hafez Jamal Jamaludin yang meninggal dunia sewaktu menyertai perlumbaan drag Battle of The Kings di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak di Terengganu semalam, selamat dikebumikan di sini, hari ini.

Jenazah Allahyarham Muhamad Hafez atau Apeh Jamal, 40, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya pada pukul 10.10 pagi.

Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa dari Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu ke kediaman keluarganya di Puncak Meru di sini sekitar pukul 4.30 pagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan pada pukul 9.30 pagi.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Al-Muttaqin, Taman Meru. Proses pengebumian berjalan lancar dengan kehadiran lebih 200 orang terdiri dalam kalangan ahli keluarga, sahabat handai dan penduduk kampung.

Bagaimanapun, usaha untuk menemu bual isteri dan bapa Allahyarham gagal kerana mereka masih bersedih dengan kehilangan insan tersayang.

Dalam kejadian sekitar pukul 11.35 pagi semalam, Apeh yang meninggalkan seorang isteri dan empat anak berusia 9, 11, 18 dan setahun, maut akibat kecederaan parah selepas kereta lumba yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas.

Kemalangan maut itu menyebabkan siri perlumbaan yang sepatutnya berakhir semalam dibatalkan serta-merta oleh pihak penganjur. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya