Jawatankuasa Pilihan Khas bentang syor tambah baik RUU Generasi Penamat

Jawatankuasa Pilihan Khas bentang syor tambah baik RUU Generasi Penamat (GEG)

generasi penamat
KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Menimbang Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 pada 5 Oktober 2022 telah membentangkan laporan penyata yang mengandungi butiran prosiding serta rumusan dan syor JKPK bagi menambah baik RUU ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludian berkata, secara keseluruhannya, JKPK ini telah bermesyuarat sebanyak lima kali dengan semangat bipartisan yang matang dan harmoni bagi memperhalusi
peruntukan-peruntukan di dalam RUU. Ahli-ahli JKPK juga secara konsensus telah bersetuju dengan laporan penyata serta cadangan pindaan-pindaan yang perlu dibuat ke atas RUU ini.

“Perkara-perkara yang telah dibangkitkan dan diperhalusi sepanjang mesyuarat berlangsung antaranya adalah berhubung isu keperlembagaan, keperluan suatu akta baharu bagi mengawal selia produk merokok dan aktiviti melibatkan produk merokok dan perbincangan ke atas had penguatkuasaan serta penalti bagi kesalahan di dalam RUU seperti mana yang termaktub dalam terma rujukan JKPK.

“Suatu kertas Pindaan Dalam Jawatankuasa yang mengandungi 23 pindaan ke atas RUU akan dikemukakan sewaktu menyambung semula perbahasaan RUU Kawalan Produk Tembakau dan  Merokok 2022 pada sidang Dewan Rakyat kali ini. Pindaan-pindaan yang dicadangkan ini melibatkan Tajuk Panjang, fasal 1, 2, 5, 13, 17, 21, 24, 26, 27, 28, 29, 30, 31,33, 34, 35, 38, 49, 53, penambahan fasal baharu 54 dan pernomboran semula fasal 54 dan 55.

“Bacaan pertama dan kedua RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 telah dibuat pada 27 Julai dan 1 Ogos yang lalu. Seterusnya satu usul bagi merujuk RUU kepada JKPK Menimbang RUU telah dibuat pada 2 Ogos dan dipersetujui oleh Dewan Rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Khairy berkata, JKPK Menimbang RUU ini dianggotai oleh 13 orang Ahli Dewan Rakyat yang dinamakan oleh parti masing-masing.

“Menerusi konsensus yang dicapai oleh Ahli Dewan Rakyat daripada blok Kerajaan dan Pembangkang yang menganggotai JKPK ini, diharapkan Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang lain dapat turut bersama memberikan sokongan ke atas RUU ini apabila perbahasannya disambung semula untuk diputuskan demi kepentingan kesihatan awam di negara ini.

“JKPK ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat yang telah memberikan kerjasama dengan mengemukakan pandangan serta cadangan yang berkaitan mengenai RUU ini.

“Sekalung penghargaan juga kepada Parlimen Malaysia, Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atas sumbangan yang diberikan untuk memastikan fungsi dan peranan JKPK ini dilaksanakan berlandaskan kepada terma rujukan selaras dengan tujuan penubuhannya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya