Ismail Sabri yakin Parlimen Tasek Gelugor ‘kembali' kepada UMNO

Ismail Sabri yakin Parlimen Tasek Gelugor ‘kembali’ kepada UMNO

ISMAIL SABRI YAAKOB ketika menghadiri Program Pemantapan Komuniti Bandar Keluarga Malaysia di Pusat Komersial Tasek Gelugor, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin kerusi Parlimen Tasek Gelugor ‘dikembalikan’ semula kepada UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Kata beliau, keyakinan itu melihat kepada sambutan dan semangat tinggi ditunjukkan penduduk Tasek Gelugor termasuk ketika menghadiri Program Pemantapan Komuniti Bandar Keluarga Malaysia di Pusat Komersial Tasek Gelugor  hari ini yang dilancarkannya selaku Perdana Menteri.

Malah jelas beliau, pemilihan Tasek Gelugor sebagai lokasi program itu juga memandangkan Parlimen berkenaan sebelum ini adalah milik UMNO sekali gus mahukan kerusi berkenaan kembali semula kepada parti tersebut.

“Parlimen Tasek Gelugor ini adalah kerusi kita (UMNO), tetapi ada orang rompak bawa lari. Saya mahu pastikan Parlimen Tasek Gelugor ini kembali semula kepada Barisan Nasional (BN), sebab itu saya datang ke sini.

“Jika melihat kepada sambutan ramai dan semangat tinggi yang ditunjukkan dalam program hari ini, saya yakin pada PRU-15, Parlimen Tasek Gelugor ini kembali ke pangkuan kita,” katanya ketika berucap pada program itu.

Pada PRU14, kerusi Parlimen Tasek Gelugor dimenangi calon UMNO, Datuk Shabudin Yahaya dengan majoriti tipis sebanyak 81 undi.

Bagaimanapun, Shabudin yang menjadi Ahli Parlimen Tasek Gelugor selama dua penggal sejak PRU13 atas tiket UMNO, mengumumkan keluar daripada parti itu pada 14 Disember 2018 dan menjadi wakil rakyat Bebas sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 2019.  

Bagaimanapun, bekas Pengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang itu sebelum ini turut mengumumkan tidak bertanding mempertahan kerusi Parlimen tersebut pada PRU15. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.