Inilah ulang tahun perkahwinan yang terindah - Nabil Ahmad

Inilah ulang tahun perkahwinan yang terindah – Nabil Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad, 39, membuat kejutan untuk isterinya, Nazirah Ayub, sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11 ketika siaran langsung program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), malam tadi.

Kesempatan itu diambil Nabil sejurus Pat Candy selesai membuat persembahan sebagai tanda ingatan untuk meraikan hari bermakna bersama isteri tercinta.

Kata Nabil, itu adalah satu-satunya peluang yang ada memandangkan dia terikat dengan komitmen kerja dan jadual yang padat.

“Saya tidak sempat nak buat majlis di tempat lain. Inilah ulang tahun saya yang terindah. Terima kasih sayang sebab sudi bersabar, bertahan dan menjadi ibu kepada tiga anak kita.

“Bukan mudah… Jadi, saya nak minta semua supaya dapat doakan kebahagiaan kami. Doakan agar saya jadi suami yang istiqamah.

“Kaburkan mata saya daripada memandang ke arah wanita lain. Jadikanlah isteri wanita terindah untuk saya.

“Saya sayang awak sehingga tiba masa Allah SWT pisahkan kita,” katanya.

Ucapan itu disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh daripada penonton yang hadir memenuhi ruang Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alah (MBSA).

Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada 30 September 2011. Pasangan ini dikurniakan tiga zuriat perempuan, Naira Mikayla, 9, Layla Medyna, 6, dan Mishall Imani, 3 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.