Ilmu, pengalaman aset penting juruterbang

Ilmu, pengalaman aset penting juruterbang kendali helikopter

KERATAN laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengalaman dan pengetahuan dalam ilmu penerbangan adalah aset paling penting bagi juruterbang ketika berdepan situasi kecemasan termasuk cuaca buruk.

Pakar penerbangan, Kapten (B) Abdul Rahmat Omar Tun Mohd. Haniff berkata, perkara paling penting bagi juruterbang ketika berhadapan situasi cemas terutama ketika cuaca buruk adalah mereka perlu mengenal pasti dan menghafal kawasan-kawasan di sepanjang laluan yang mereka lalui.

Katanya, pengetahuan dan kemahiran yang lebih dikenali sebagai area of familiarization itu sedikit sebanyak dapat membantu juruterbang sebagai persediaan  menghadapi pelbagai situasi kecemasan yang tidak dijangka ketika mengendalikan pesawat.

“Sebagai juruterbang, mereka perlu mengetahui dan kenal dengan topografi, keadaan dan kawasan yang dilalui. Jika ada kecemasan atau sebarang kemalangan yang tidak diingini, sekurang-kurangnya mereka tahu di kawasan mana boleh pergi dan mendarat dengan segera.

“Mereka juga perlu ada yang kita panggil sebagai flight planning, jadi mereka tahu apa perlu dibuat ketika hadapi situasi kecemasan. Ditambah dengan keadaan cuaca yang semakin tidak menentu ini, juruterbang-juruterbang perlu sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan tidak kira masa,” katanya ketika dihubungi Utusan.

Semalam, lima pegawai perubatan termasuk seorang doktor dan juruterbang dilaporkan selamat apabila helikopter dinaiki mereka terhempas ketika melakukan pendaratan cemas di kawasan pegunungan Brinchang berhampiran Tanah Rata di Cameron Highlands, Pahang.

Dalam kejadian pada pukul 1.05 petang itu, helikopter jenis Eurokopter AS 355 F2 milik syarikat Layang Layang Aerospace Sdn. Bhd. itu dikatakan tersangkut pada ranting pokok sebelum terhempas.

Abdul Rahmat berkata, tragedi helikopter yang terjadi  di Cameron Highlands, semalam adalah disebabkan faktor cuaca yang tidak menentu, dan terjadi di kawasan tanah tinggi.

Sehubungan itu, katanya, kebarangkalian untuk berlaku nahas kemalangan adalah tinggi.

“Seperti nahas yang paling baharu ini ialah kemalangan di kawasan tanah tinggi yang mana cuaca boleh berubah dalam sekelip mata sahaja. Mungkin ada berlaku keadaan angin kuat atau awaln yang tebal, jadi bagi saya juruterbang itu perlu tahu cara nak mengawal keadaan dalam situasi yang cemas dan panik,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.