Ibu muda masih ‘terkejut’ lahirkan anak tanpa sedar mengandung

Ibu muda masih ‘terkejut’ lahirkan anak tanpa sedar mengandung

NURUL Atikah Mustafa memangku bayi perempuannya yang lahir tanpa disedari berada dalam kandungannya sejak sembilan bulan lalu di Bintong, Kangar, Perlis. – UTUSAN/MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seorang ibu muda yang melahirkan anak tanpa menyedari berada dalam kan­dungannya sejak sembilan bulan lalu masih terkejut dengan peristiwa tersebut namun bersyukur anak keduanya itu berada dalam keadaan sihat dan sangat comel.

Situasi yang berlaku terhadap Nurul Atikah Mustafa, 24, agak janggal kerana kitaran haidnya berlaku seperti biasa dan normal selain konsisten mengambil pil perancang selepas kelahiran pertama lebih setahun lalu.

Nurul Atikah selamat melahirkan bayi perempuan tersebut pada pukul 8.45 pagi 19 Oktober lalu yang disambut sendiri oleh suaminya, Amirul Azizan, 26, hanya dalam tempoh 20 minit proses berkenaan.

NURUL Atikah Mustafa dan Amirul Azizan bersama anak mereka.

Katanya, malam sebelum melahirkan anak tersebut, dia mula terasa sakit perut seolah-olah sembelit dan mahu membuang air besar.

 

Katanya, setelah keadaan sakit dihadapi menjadi semakin teruk, dia kemudiannya me­ngajak suami untuk bergegas ke hospital bagi mendapatkan rawatan lebih lanjut.

“Bagaimanapun, belum sempat ke hospital, saya melahirkan bayi perempuan di atas sofa di ruang tamu yang disambut oleh suami. Saya kemudian meminta suami untuk menghubungi pihak ambulans untuk ke hospital selepas selamat melahirkan anak itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bintong di sini semalam.

Tambah Nurul Atikah, dia dan suami masih terkejut dan gementar apabila menimang cahaya mata tanpa sebarang persiapan.

“Sepanjang sembilan bulan, saya tidak menyedari keha­diran janin di dalam rahim saya kerana tidak merasa sebarang pergerakan dan perut tidak membuncit seperti pengalaman mengandung dan melahirkan anak pertama.

“Walaupun tidak membuat sebarang rawatan mahupun pemeriksaan di hospital seperti ibu berbadan dua, saya bersyu­kur melihat bayi berada dalam keadaan sihat dan sempurna. Syukur Allah SWT melindungi dan menjaga anak dalam kan­dungan ini sehingga lahir ke dunia,” kata suri rumah tersebut.

Amirul pula berkata, tangan­nya menggigil ketika menyambut bayi tersebut namun dia memberanikan diri melakukan proses menyambut kelahiran berkenaan meskipun tanpa sebarang pengalaman sebelum ini.

“Saya tidak tahu langsung isteri mengandung kerana dia dalam keadaan seperti biasa malah perut pun tidak besar seperti ibu mengandung lain. Bayi seberat 3.7 kilogram berada dalam keadaan sihat dan sempurna.

“Kami sudah memberi nama kepada bayi yang dikatakan ‘ajaib itu’ dengan nama Raiqa Hanania,” kata pemandu lori pasir itu. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya