IPOH: “Ketika melalui kawasan itu (Brinchang), saya mula berasa pelik apabila angin menolak helikopter ke atas hingga sukar untuk dikawal. Saya tidak beritahu penumpang lain kerana bimbang mereka berasa panik”. Juruterbang helikopter jenis Airbus AS 355 F2 yang terhempas semasa pendaratan cemas di Brinchang, Cameron Highlands, Kapten Fedzrol Norazam, 43, berkata, pesawat itu seperti tergantung di ruang udara menyebabkan beliau memutuskan membuat pendaratan cemas. Beliau bagaimanapun bersyukur dan berasa lega…