Gelagat ‘Oyen’ di pasar malam cuit hati netizen

Gelagat ‘Oyen’ di pasar malam cuit hati netizen

TANGKAP layar video dimuat naik pengguna TikTok Kyle tentang gelagat seekor  kucing yang tidur di tengah jalan sebuah pasar malam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gelagat seekor kucing berwarna oren atau lebih dikenali dengan nama ‘Oyen’ yang terbaring dan tidur di sebuah pasar malam, mengundang pelbagai reaksi dan komen daripada orang ramai.

Menerusi rakaman video klip yang dikongsi pengguna TikTok Kyle, video yang  meraih lebih 83.7k tanda suka dan 2,869 komen itu memaparkan ‘Oyen’ tidur di tengah-tengah jalan sebuah pasar malam yang sibuk.

Kyle berkata, gelagat kucing itu mencuit hati kerana walau dalam kesesakan orang ramai untuk membeli makanan dan peralatan, kucing itu dapat ‘tidur dengan bersahaja’ di atas jalan raya pasar malam berkenaan. 

“Orang sibuk dekat pasar malam, dia dengan selambanya boleh tidur dekat tengah-tengah jalan tu, kau memang keras Oyen. Kalau tak buat hal, memang bukan Oyen la” seloroh Kyle. 

Perkongsiannya itu meraih perhatian dan pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya turut terhibur dengan reaksi kucing itu. 

“Saya syak bateri Oyen habis, minta sesiapa yang ada dekat situ tolong cas bateri dia kejap,” komen salah seorang pengguna Tiktok @NizamRiderTv. 

“Oyen tengah mabuk tu janganlah kacau,” komen seorang lagi pengguna Tiktok @RedzoZeroOne. 

Namun, di sebalik komen-komen yang mencuit hati, ada juga yang meluahkan rasa simpati terhadap kucing itu.

“Kasihan dia. Risau terpijak orang yang lalu lalang atau motosikal,” komen pengguna Tiktok @Sishani.

“Terbaik, santunilah dengan baik, bukannya dicuit-cuit dengan kaki, dia pun makhluk Allah, adab sesama makhluk perlu ada,” komen @biartakhondsomejanjikayo. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya