Dua ADUN GRS nafi keluar parti, kekal sokong Hajiji

Dua ADUN GRS nafi keluar parti, kekal sokong Hajiji

RUDDY AWAH dan MASIUNG BANAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Desas-desus menyatakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) beralih sokongan kepada Parti Warisan (Warisan) dinafikan sekeras-kerasnya oleh wakil rakyat yang dikatakan keluar parti.

Dua ADUN GRS iaitu Datuk Ruddy Awah (Pitas) dan Datuk Masiung Banah (Kuamut) masing-masing tampil membuat penafian apabila nama mereka antara yang disebut-sebut keluar parti.

Ruddy, yang juga Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata, beliau masih teguh bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan GRS.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya. Ingin saya tegaskan di sini bahawa saya tetap bersama GRS, Bersatu bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor. Malah saya ada di kawasan hadir pada program GRS di Kota Marudu dan Matunggong,” katanya ketika dihubungi.

Kehadiran beliau dalam Program Jelajah GRS di Kota Marudu semalam turut mengukuhkan kenyataannya bahawa perjuangan politiknya kekal bersama GRS.

Sementara itu, Masiung selaku ADUN Bebas yang mesra kepada Kerajaan GRS turut menafikan bahawa beliau kini menyokong Warisan.

“Saya tetap berpendirian teguh dan menyokong kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor selaku Pengerusi GRS.

“Secara logiknya, macam mana saya keluar GRS sedangkan, saya masih ADUN Bebas yang tidak menyertai mana-mana parti. Saya cuma wakil rakyat yang mesra kepada GRS,” katanya.

Nama Ruddy dan Masiung antara empat ADUN GRS dikatakan keluar parti selain Datuk Rubin Balang (Kemabong) dan Datuk Ghani Mohamed Yassin (Nabawan).

Masiung, yang juga Pengerusi Lambaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) itu berkata, isu keluar parti itu sengaja ditularkan bagi menggugat sokongan rakyat daripada kerajaan GRS menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)

Isu mengenai empat ADUN GRS itu tular dalam media sosial selepas ADUN Bandau, Datuk Wetrom Bahanda meninggalkan Bersatu bagi menyertai Warisan.

Pada masa ini, komposisi kerusi DUN Sabah masih lagi memberi kelebihan kepada kerajaan GRS-Barisan Nasional dengan 52 kerusi termasuk ADUN dilantik manakala, blok pembangkang pula memilik 27 kerusi.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya