SEPANG: “Kami sepatutnya hanya perlu bekerja 12 jam sehari tetapi jika gagal dapat pelanggan, bos sindiket itu paksa hingga ada pernah 18 jam tanpa rehat dan kena renjatan elektrik”. Demikian luahan salah seorang mangsa skim penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja, Adan (bukan nama sebenar) ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 awal pagi tadi. Bagaimanapun, derita mereka berakhir apabila berjaya diselamatkan pasukan Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO) menerusi misi khas di negara itu baru-baru ini. Terdahulu, kumpulan enam warga Malaysia yang semuanya berasal dari Sabah dan Sarawak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya