Dera kanak-kanak hingga mati: Jurujual kenderaan, pembantu rumah direman 7 hari - Utusan Malaysia

Dera kanak-kanak hingga mati: Jurujual kenderaan, pembantu rumah direman 7 hari

PEMBANTU rumah warga Indonesia (baju hitam) turut ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes penderaan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun hingga mati di Skudai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang jurujual kenderaan yang disyaki sebagai suspek utama dalam kejadian dera seorang kanak-kanak tiga tahun hingga mati di Taman Skudai, kelmarin ditahan reman selama tujuh hari.

Perintah reman terhadap tertuduh yang berusia 28 tahun itu dikeluarkan Majistret, R. Salini, hari ini. Turut ditahan reman seorang pembantu rumah warganegara Indonesia berusia 40 tahun yang digajikan di kediaman suspek.

SEORANG jurujual kenderaan (depan baju hitam) ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes penderaan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun hingga mati di Skudai.

Kedua-duanya dikenakan perintah tahanan reman bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, kedua-dua tertuduh tiba di pekarangan Mahkamah Johor Bahru kira-kira pukul 9 pagi.

Semalam, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dilaporkan berkata, kedua-dua suspek itu ditahan di kediaman mereka, tengah hari semalam.

Mangsa, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan ditemukan maut dengan beberapa kecederaan pada badan, antaranya lebam dan luka kecil.

Bapa mangsa membuat laporan polis setelah dia berkunjung ke kediaman suspek yang juga rakannya. Suspek telah diamanahkan untuk menjaga dua anaknya dengan bayaran RM2,800 sebulan.

Bapa mangsa bekerja di Singapura, manakala ibunya bekerja di Yong Peng. Difahamkan, mangsa dan adiknya yang berusia setahun telah dijaga suspek sejak tiga bulan lalu, namun hanya mangsa dipercayai didera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN