Dadah pelbagai jenis bernilai RM1 juta dilupus

Dadah pelbagai jenis bernilai RM1 juta dilupus

WAN Hassan Wan Ahmad (kiri) menunjukkan sebahagian dadah yang akan dibawa untuk dilupuskan dalam sidang akhbar di IPK Kedah, Alor Setar, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Polis Kedah melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM1 juta yang dirampas pihaknya sejak 2014 hingga tahun lalu di seluruh negeri itu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, pelupusan melibatkan barang kes yang telah selesai itu akan dibawa oleh kontraktor bertauliah ke sebuah pusat pelupusan di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan.

Katanya, barangan yang akan dilupuskan itu merangkumi pelbagai jenis dadah kecuali ganja yang membabitkan 3,506 kes sepanjang tujuh tahun itu.

“Pelupusan dadah itu semakin kurang dan ini menunjukkan kejayaan polis yang berjaya mengurangkan kegiatan melibatkan dadah di negeri ini. Sebelum ini, setiap hari kes dadah di Kedah adalah 15 hingga 20 kes sehari.

“Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini kes dadah hanya sekitar lapan hingga 15 kes sehari sahaja. Ini menunjukkan satu kejayaan kepada polis dalam membasmi masalah dadah di negeri ini. Ini adalah hasil pelbagai operasi yang dijalankan terutamanya di kawasan ‘port’ dadah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Kedah, hari ini.

Wan Hassan, daerah Kota Setar dan Sungai Petani merupakan kawasan rampasan yang tertinggi di Kedah dan pihak polis akan terus meningkatkan lagi operasi terutamanya di kawasan yang sudah dikenal pasti selama ini.

Katanya, operasi ini akan tetap diteruskan supaya pengedar dadah sukar untuk masuk ke ‘port’ dadah bagi mengedar barangan terbabit.

“Begitu juga dengan rampasan daun ketum yang semakin kurang di kawasan sempadan. Ini menunjukkan aktiviti itu sukar untuk menembusi kawalan yang dijalankan oleh pihak berkuasa selama ini.

“Difahamkan peningkatan kawalan oleh polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyebabkan aktiviti penyeludupan semakin kurang . Walaupun kes penyeludupan semakin kurang tetapi pihak berkuasa tetap akan meningkat kawalan di kawasan sempadan,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya