Constance Haslam meninggal dunia

Penyampai radio popular 1970-an, Constance Haslam meninggal dunia

Gambar Facebook Constance Haslam Behr
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyampai radio popular pada 1970an dan 1980an, Constance Haslam Behr meninggal dunia pada usia 77 tahun di Versailles, Perancis.

Beliau dikenali ramai apabila menjadi penyampai radio waktu pagi di Radio 4 RTM selama 26 tahun, malah pernah menjadi hos di rancangan Bakat TV yang kemudian dikenali sebagai Bintang RTM serta menjadi pembaca berita bahasa Inggeris di TV2.

Berita pemergiannya disahkan oleh personaliti radio terkemuka tanah air, Patrick Teoh yang pernah bekerjasama dengan beliau.

“Seluruh generasi kita pernah mendengar suara beliau. Membaca berita, membalas permintaan dan memutar lagu popular setiap hari. Selamat tinggal, Connie, terus mainkan lagu di sana,” katanya di akaun Facebook miliknya.

Penyanyi tempatan, Francissca Peter turut meluahkan rasa sedih di atas pemergian Constance.

“Beliau adalah suara emas radio di RTM. Semoga rohnya tenang di sana. Saya masih ingat ketika bertemu dengannya dalam rancangan radio semasa awal karier saya. Beliau seorang yang mesra, periang dan disukai ramai,” katanya.

Selepas bersara, Constance dan suaminya Erwin Behr berhijrah ke Singapura sebelum menetap di Perancis pada 2000 sehingga akhir hayatnya.

Beliau pergi meninggalkan suaminya, seorang anak lelaki dan seorang cucu perempuan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya