Calon PM: Keputusan usul bebas, tidak dipengaruhi - Utusan Malaysia

Calon PM: Keputusan usul bebas, tidak dipengaruhi

ISMAIL Sabri Yaakob
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keputusan 152 Bahagian UMNO yang mengemukakan usul Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri ke-10 tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

Menurut Ismail Sabri, setiap bahagian berkenaan bebas membuat sebarang usul yang dibuat pada setiap kali mesyuarat bahagian.

“Setiap usul penangguhan adalah keputusan bahagian dan ini keputusan bahagian. Bahagian bebas membuat sebarang usul.

“Ini pun berdasarkan keputusan Majlis Tertinggi (MT) yang membuat keputusan dalam mesyuarat MT. Perkara sama diumumkan Presiden UMNO dalam perhimpunan agung luar biasa.

“Apa diputuskan bahagian adalah diputuskan oleh MT. Penekanan ini menunjukkan sokongan kepada keputusan MT dan pendirian Presiden,” katanya.

Naib Presiden UMNO itu berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Kali Ke-43 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.

Ismail Sabri mengulas dakwaan yang mengatakan usul bahagian UMNO mencalonkannya sebagai calon Perdana Menteri dibuat atas desakan pihak tertentu.

Mesyuarat Bahagian UMNO yang berlangsung baru-baru ini dan sebahagian besar menamakan beliau sebagai calon Perdana Menteri Ke-10 dalam menghadapi PRU15.

Ini termasuk UMNO Bahagian Padang Terap di Kedah; UMNO Bahagian Arau di Perlis dan UMNO Bahagian Tampin, Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri merakamkan terima kasih kepada bahagian yang mengemukakan usul itu.

“Saya difahamkan 152 bahagian membuat usul menyokong saya sebagai calon Perdana Menteri selepas PRU15,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya