Bubar Parlimen...belum tahu lagi - PM

Bubar Parlimen…belum tahu lagi – PM

ISMAIL Sabri Yaakob
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob enggan mengulas tarikh sebenar menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon perkenan pembubaran Parlimen.

Usaha wartawan untuk mendapatkan reaksi beliau mengenai tarikh untuk beliau menghadap Agong, beliau hanya berkata dengan ringkas: ‘Belum tahu lagi.”

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perjumpaan Khas bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya menyerahkan kepada Perdana Menteri, untuk mengusulkan pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memberi laluan mengadakan PRU15.

Katanya, walaupun UMNO mahu pilihan raya umum (PRU) diadakan semalam, namun parti menghormati peranan Perdana Menteri seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ketika ditanya bila Perdana Menteri akan menghadap Agong, beliau hanya menjawab: “Bila masanya, terpulang.”

Pada majlis tertutup itu, Ismail Sabri bersama kepemimpinan utama UMNO menyertai perjumpaan khas itu yang melibatkan ketua-ketua sayap 191 bahagian di seluruh negara iaitu terdiri daripada Ketua UMNO Bahagian, Ketua Wanita UMNO, Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Puteri UMNO.

Pada minggu lalu, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO sepakat memutuskan pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan pilihan raya umum (PRU) pada tahun ini juga.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata, susulan keputusan itu, Perdana Menteri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya