Bubar DUN Pulau Pinang: Majlis Presiden PH mesyuarat pagi ini

Bubar DUN Pulau Pinang: Majlis Presiden PH mesyuarat lagi pagi ini

MOHAMAD Sabu ketika Majlis Pelancaran Sukarelawan PRU-15: 'Memahami Geopolitik dan Strategi Masa  Depan' di Dataran Rahmah, Penaga, Pulau Pinang malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS: Keputusan sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dibubarkan atau sebaliknya dijangka ditentukan dalam satu lagi mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang dijadual di Kuala Lumpur pagi ini.

Perkara itu disahkan salah seorang daripada ahli majlis tersebut, Mohamad Sabu ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Sukarelawan PRU-15: ‘Memahami Geopolitik dan Strategi Masa Depan’ di Dataran Rahmah, Penaga di sini, malam tadi.

Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, antara sebab mengapa keputusan pembubaran DUN Pulau Pinang gagal dicapai lebih awal kerana terdapat pelbagai pandangan yang timbul mengenai perkara itu.

Difahamkan, ketika ini, dua lagi negeri yang dikuasai PH iaitu Selangor dan Negeri Sembilan masih mengekalkan keputusan masing-masing untuk tidak mahu membubarkan DUN mereka sehingga tamat penggal tahun hadapan.

Dalam pada itu, katanya, pembahagian kerusi untuk calon daripada Amanah di seluruh negara sempena PRU15 kini  98 peratus selesai.

Mohamad berkata, ketika ini, hanya tinggal satu atau dua kerusi sahaja yang belum dimuktamadkan siapa calonnya.

“(Pembahagian kerusi) dengan Pakatan Harapan (PH) pun kita dah 98 peratus selesai dan untuk PRU-15 ini. Kita bertanding kali ni bukan sahaja nak Amanah menang, PH pun sama. Jadi, kita tumpu semua,” katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan beliau kembali bertanding di Pulau Pinang, Mohamad btidak menolak kemungkinan itu jika diarahkan oleh parti untuk berbuat demikian.

“Oh, nostalgia itu mesti ada. Kita dah dua kali bertanding di Pulau Pinang sebelum ni (1982 dan 1986),” katanya.

Untuk rekod, beliau tewas pada kedua-dua pilihan raya umum itu iaitu masing-masing untuk kerusi Parlimen Kepala Batas dan Permatang Pauh ketika itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya