Bubar DUN; Pulau Pinang belum buat keputusan

Bubar DUN; Pulau Pinang belum buat keputusan

CHOW Kon Yeow ketika ditemui pemberita selepas mengadakan mesyuarat Jawatankuasa DAP Pulau Pinang di Wisma DAP, George Town, Pulau Pinang malam itadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang masih berteka-teki sama ada mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang atau tidak susulan pembubaran Parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, DAP negeri telah menilai keadaan semasa dan mengambil keputusan yang akan dirujuk kepada mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pakatan Harapan (PH) Pusat yang akan bermesyuarat malam esok.

“Kita perlu menunggu keputusan Jawatankuasa Teringgi PH Pusat sama ada DUN Pulau Pinang akan dicadangkan bubar atau tidak.

“Keputusan itu juga akan dibuat selepas mesyuarat PH negeri, selepas Jawatankuasa Eksekutif DAP dan kemungkinan besar selepas PH Pusat ada beberapa peringkat lagi, Ismail Sabri juga melalui beberapa peringkat,” katanya ketika ditemui di Wisma DAP Pulau Pinang, di sini malam ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubarkan berkuat kuasa hari ini untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai  keputusan mesyuarat DAP negeri petang ini, Kon Yeow berkata, keputusan sama ada DUN Pulau Pinang akan dibubarkan atau tidak akan diumumkan dalam minggu ini.

“Mungkin keputusan dibuat dalam beberapa hari lagi dalam minggu ini juga,” katanya.

Kon Yeow yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang berkata, pihaknya juga akan memanggil satu mesyuarat bersama PH Pulau Pinang untuk menilai isu berkaitan pembubaran DUN Pulau Pinang.

”Kita belum ada mesyuarat melibatkan kerajaan negeri, cuma ada mesyuarat DAP, esok kita akan panggil mesyuarat PH negeri bagi menilai isu sama,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN