Borhan, Normaliza dilantik Pengarah Bebas Datasonic

Borhan, Normaliza dilantik Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Datasonic

BORHAN DOLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Pengarah Datasonic Group Berhad melantik bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Borhan Dolah dan akauntan bertauliah, Datin Normaliza Kairon sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif berkuat kuasa hari ini.

“Kumpulan Syarikat Datasonic amat berbesar hati dan mengalu-alukan lantikan baharu lembaga pengarah ini,” kata kenyataannya hari ini.

Borhan mempunyai pengalaman lebih 35 tahun berkhidmat di sektor awam dalam pelbagai kapasiti di beberapa jabatan dan kementerian.

Sepanjang bertugas, beliau pernah dilantik sebagai wakil Kerajaan di Lembaga Pengarah Kumpulan Wang Simpanan Persaraan (KWSP), Ahli Tetap Majlis Eksekutif bagi Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara, Pengerusi bagi Jawatankuasa Pelaburan, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara dan Pengurusan Aset Felcra.

Terkini, Borhan berkhidmat sebagai Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (CCPP), Pengerusi Jawatankuasa Panel Pakar Kementerian Belia dan Sukan, dan Pengerusi RISDA Holdings Sdn. Bhd.

NORMALIZA KAIRON

Dalam pada itu, Normaliza pula adalah akauntan bertauliah sejak 1998 serta berpengalaman luas dalam pelaporan dan tadbir urus korporat, menerusi peranannya sepanjang bertugas di Suruhanjaya Sekuriti.

Selain itu, pengalaman korporat Normaliza termasuk penglibatan dalam pelaporan kewangan dan korporat di Edaran Otomobil Nasional Berhad, Malayan Banking Berhad dan Proton Holdings Berhad.

Beliau turut terlibat dalam pembangunan ekonomi dan transformasi sosioekonomi untuk Program Transformasi Ekonomi di Teraju Bumiputera Corporation Berhad dan turut memainkan peranan penting dalam penubuhan dan pengenalan inisiatif-inisiatif penting seperti Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dan program-program bersama koridor-koridor ekonomi negara.  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.