BN Sepang tolak calon 'payung terjun'

BN Sepang tolak calon ‘payung terjun’

NORAZLI Said ketika berucap melancarkan jentera pilihan raya BN Parlimen Sepang di Kompleks Muhibah Tanjung Sepat, Selangor. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kepimpinan Barisan Nasional (BN) Sepang menolak mana-mana calon luar atau diistilahkan sebagai ‘payung terjun’ yang mahu diangkat sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

Pengerusinya, Noorazli Said berkata, pihaknya sudah lama bekerja keras untuk merampas kembali kerusi di sini selepas penyandang, Mohamed Hanipa Maidin
tidak melaksanakan amanah dan tanggungjawab sejak dua penggal menjadi ahli Parlimen di sini.

Kata beliau, sia-sia sahaja usaha BN Sepang berhempas-pulas membela rakyat di kala musibah, namun akhirnya suara rakyat di Sepang yang mahukan calon tempatan tidak diendahkan.

Katanya, ia sekali gus mengakibatkan kekalahan pada saat-saar akhir, justeru pihaknya merayu kepada ‘Top 5’ parti dan Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk mendengar suara akar umbi.

“UMNO perlu mengambil kira pandangan rakyat dan ahli parti di Sepang. Kalau calon payung terjun diletakkan di sini, BN dikhuatiri tidak mampu menarik hati pengundi.

“Sepang bukan tempat buangan pemimpin yang tak punya sokongan akar umbi.

“UMNO perlu fikir rasional untuk memilih calon, apa jasa beliau di kawasan ini, sedangkan kepimpinan BN Sepang sudah bekerja keras membela kebajikan rakyat seperti isu banjir kilat dan ladang ternakan babi yang masih tidak diselesaikan sehingga sekarang,” katanya di sini hari ini.

Pada PRU-14 lalu, Mohamed Hanipa menang dengan majoriti 18,705 menewaskan calon BN, Datuk Marsum Paing dan Sabirin
Marsono dari Pas.

Norazli berkata, peluang BN untuk merampas kembali kerusi ini cerah dan berada pada landasan baik dengan pertambahan pengundi baharu sekitar 51,000 yang kini mencecah 165,000 pengundi berbanding 114,000 pada PRU14.

Peningkatan undi Melayu di Sepang pula hampir 68 peratus dan peluang itu dinilai melalui gerak kerja dibuat UMNO dan BN yang mengambil ‘tugas’ wakil rakyat yang kurang peduli kebajikan penduduk dan tiada satu pembangunan yang dijanjikan ditunaikan.

“Kebanyakan pengundi sudah mula faham apa sebenarnya dibuat oleh wakil rakyat PH. Mereka mula merindukan sentuhan BN dan UMNO.

“Berdasarkan pertimbangan politik hari ini kita lihat janji-janji palsu manifesto, pengundi sudah mula boleh membezakan yang mana betul, retorik dan hanya sekadar berjanji,” katanya.

Kemenangan Hanipa kali pertama merampas daripada BN adalah disebabkan pergeseran dalaman menyebabkan BN kalah dan pada penggal kedua pula kerana tsunami politik.

“Hanipa tidak boleh bertahan di situ berdasarkan situasi semasa dan rekod beliau yang tidak nampak sebarang penambahbaikan sepanjang menjadi wakil rakyat.

“Ketika dia jadi menteri pun tidak ada apa-apa yang dibawa untuk Parlimen Sepang. Lagipun beliau kini agak uzur dan bukan orang tempatan pun,” katanya.

Justeru, katanya, BN akan memperjuangkan pembangunan dan permasalahan rakyat di sini terutama isu banjir kilat dan antara kawasan yang berlaku banjir besar pada akhir tahun lalu.

Permasalahan ini sudah berulang kali diajukan kepada wakil rakyat sedia ada, namun tidak ada satu tindakan pun diambil untuk menyelesaikannya.

Isu kedua ialah berhubung pembinaan hospital baharu di Sepang bagi memenuhi permintaan 500,000 penduduk di sini yang perlu ke Putrajaya dan Serdang untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

Ini termasuk masalah pencemaran penternakan khinzir di Tanjung Sepat yang masih tidak selesai di bawah pentadbiran Kerajaan Selangor yang menjanjikan pembinaan ladang moden, namun sehingga hari ini tidak nampak bayangnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya