BN akan cipta pekerjaan selepas PRU15 - Utusan Malaysia

BN akan cipta pekerjaan selepas PRU15

pru15
AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) memberi jaminan untuk mencipta peluang pekerjaan sekiranya kembali membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana BN sudah terbukti berjaya melaksanakan perkara itu berbanding pemerintahan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

“Insya-Allah BN kembali kerajaan dominan, kita usaha wujudkan semula banyak peluang pekerjaan buat rakyat.

“Yakini kerajaan BN (tentu) tahu bagaimana untuk melakukannya kerana kita pernah pun melakukannya.

“Bukan sahaja sektor awam, malah sektor swasta. Melalui pemerkasaan industri, merancakkan lagi pelaburan asing dan segalanya,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai seramai 55,000 kakitangan kontrak sektor awam yang didakwa ditamatkan perkhidmatan selepas PH menang PRU14.

Angka itu berdasarkan laporan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang meliputi kakitangan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Biro Tata Negara (BTN) dan banyak lagi segmen pekerjaan.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid meminta supaya rakyat usah tertipu lagi dengan propaganda PH mengenai peluang pekerjaan menjelang PRU15.

“Sebelum PRU14, PH janji satu juta peluang pekerjaan dengan gaji sekurang-kurangnya RM2,500.

“(Namun) alasan PH pada 3 September 2018 selepas tamatkan khidmat kakitangan kontrak kerajaan, ‘Pekerja kontrak kerajaan atau apa yang digelar pekerja khidmat singkat harus menerima kenyataan’; ‘Kita (kerajaan PH) juga ada kekangan yang perlu ambil kira’. 

“Ini pula alasan Perdana Menteri kerajaan PH semasa membubarkan lima agensi dan jawatankuasa kerajaan (iaitu) ‘Kebanyakan institusi ini bukan sebahagian daripada kerajaan yang sepatutnya memberi nasihat kepada kerajaan’; ‘Kita tidak memerlukan kepintaran mereka, saya fikir kita pun ada kepintaran’.

“(Oleh itu), BN ketika jadi kerajaan berusaha wujudkan peluang pekerjaan, PH jadi kerajaan cipta alasan memansuhkan. Kerajaan PH sebuah ‘kerajaan kekangan’. Kerajaan PH sebuah ‘kerajaan apa pun tak boleh’,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya