Berlakon budak sekolah, James Cameron tegur pelakon Marvel

Berlakon macam budak sekolah, James Cameron tegur pelakon Marvel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Pengarah filem Avatar dan Titanic, James Cameron mengkritik produksi terbitan Marvel serta DC gara-gara barisan pelakon gagal menghayati watak dengan baik.

Cameron berkata, kesemua karakter dalam filem adiwira itu berlakon seperti ‘budak sekolah’ dan tegasnya, bukan begitu cara pembikinan sesebuah produksi yang dipasarkan ke seluruh dunia.

“Saya juga mahu menghasilkan filem dengan teknik pengarah lain tidak lakukan.
Apabila saya melihat filem luar biasa seperti ini, saya akan melihat Marvel dan DC sebagai penanda aras.

“Tidak kisah berapa lama watak itu pernah dilakonkan sebab semuanya berlakon macam budak sekolah,” sindirnya semasa diwawancara New York Times, kelmarin.

Menurut Cameron, beliau juga tidak bersetuju bagaimana filem adiwira tersebut menjengah pawagam.

“Nampak seperti ada hubungan, tetapi sebenarnya tidak. Ada babak mengenai kuasa, kasih sayang dan apakah tujuan semua itu? Sedangkan, kesemua watak tersebut tidak pernah mengalaminya dan saya rasa bukan itu caranya untuk menghasilkan filem,” katanya.

Dalam kesempatan itu, Cameron turut berkongsi mengenai filem Avatar 2 yang akan menjengah pawagam di seluruh dunia.

Cameron merupakan sutradara pertama yang mengkritik filem adiwira sejak syarikat produksi tersebut mendominasi carta pecah panggung.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.